06 July, 2020

Selamat hari jadi buatku

Assalammualaikum semua.

Lama blog ini di tinggalkan, kalau rumah ni mesti dah bersawang. Alhamdulillah tanggal 1hb Julai 2020 genaplah usiaku 31 tahun. Dengan status baru, isteri orang dan anak yatim piatu. Kalau dulu kita akan ucap terima kasih buat mak ayah yang melahirkan kita, bila macam ni adik beradik dan suami lah tempat aku menumpang kasih. Sahabat karib juga tempat luahan isi hati yang tak putus memberi kata semangat. 10 tahun yang lepas aku mula berkhidmat di USM dan tahun ini, aku masih di sini, masih setia berkhidmat. Tatkala aku meneruskan sisa perjuangan belajar secara jarak jauh, aku gagahkan juga, walaupun ramai rakan2 ku gugur pergi meninggalkan sesi ini. Ada lagi dua tahun untuk aku buktikan kepada semua yang aku masih mampu menggenggam segulung ijazah seperti harapan arwah mak yang meminta aku bekerja dan belajar secara sambilan, sayangnya arwah tak sempat melihat kejayaan yang aku janjikan. Aku ambil semangat dia, untuk teruskan sisa baki perjuangan yang ada. Bayangkan semasa aku ditahun dua, aku terima berita kehilangan mak, dan ditahun ketiga berita kehilangan abah. Luluh semangat, tapi aku percaya aku boleh lakukan kerana ini harapan mak abah. Aku bersyukur dapat rakan sekerja yang sangat memahami dan bertoleransi denganku. Terima kasih sahabat2 ku. Buat diriku, tabahkan hati, teruskan mengejar impian, aku ingin melihat dirimu 5 tahun lagi. InsyaAllah, akan aku buktikan sesuatu nanti. Terima kasih, Shana kerana terus menjadi Shana seperti dulu yang masih fokus dengan cita-cita untuk berjaya di dunia dan akhirat. Jumpa lagi di entri yang akan datang.

Salam sayang,
Hana Shana

No comments:

Post a Comment