03 November, 2010

Janji taw...


Huhuhu...hujan lagi arini. Tapi Alhamdulillah siang tadi tak hujan. Time2 macam ni la idea aku datang nak sambung cerita. Walaupun esok kerja. Esok je kerja,Khamis cuti..huhu malam tu balik kampung. Ehh melalut plak..K2 sambung citer ritu..

Bulan Jun yang lalu, aku menganggur. Baru lepas abis belajar. Agak bosan la duduk rumah saje. Tapi aku tolong lah sikit2 mak aku jaga baby. Kena lah bangun pagi, wat kan susu, tukar lampin, buaikan dia. Memang best la kadang2 tu. Sambil2 tu dok mesej Mr.B. Dalam pertengahan bulan tu aku dapat mesej dari dia. Bunyinya macam dia dah give up. Family dia suruh kawin cepat2 dgn pilihan keluarga. Aku terkedu. Kali ni aku tabah sikit. Kali ni aku redha. Tp dalam hati aku memang sedih. Aku terima. Aku kena terima. Ku telan air liur ku saat dia bercerita semuanya. Kebetulan masa tu aku ada trip ke Bandung,Indonesia. Aku mengambil keputusan untuk cuba melupakan dia sepeninggalan ku ke sana. Aku ke Jakarta pada 29/06/2010. Terputus sementara panggilan dan sms. Melawat negara orang membuatku insaf. Terlupa sebentar aku tentang dia. Kebetulan aku di sana sehingga 3/7/10. Aku menyambut burfday di sana.

Ada kejutan di sana, kwn2 ku wat suprise. kebetulan ada 2 3 org lagi sambut burfday sekitar tarikh itu. Memang best. Aku menunggu gak dia mesej tapi hampa. Tiada. Mungkin dia dah lupakan aku. Mungkin dia sedang mengenal hati budi teman barunya. Siapa tahu. Biarkan lah. Jangan sedih2 lagi. Sedikit demi sedikit hatiku terubat. Dengan kerenah rakan2 ku, membuat ku ceria selalu, seakan-akan tiada apa berlaku. Tapi aku masih tak puas hati, mungkin dia ada cuba menghubungi aku, takkan tergamak dia taknak wish aku. Aku cuba check kotak email, berpuluh2 ucapan burfday di laman Facebook aku. Aku begitu teruja. Tapi yang pentingnya aku ingin cari nama dia. Oooo..private message, dia wish. Aku dah agak, dia mesti wish. Even kalau dah putus takkan taknak wish, as a friend la paling koman. Gulpp... Aku tergamam. "Saya tak dapat lupakan awak. Saya dah cuba". Apa ni mamat ni. Nak main2 lagi. Aku asyik memikirkan hal itu. Kenapa la dia macam tu sekali. Takde pendirian betol.

4/7/10 tepat pukul 12.30 mlm aku tiba di KLIA. Tetiba mesej dia masuk. Baik sangat. Katanya rindu. Seminggu aku ke Indonesia macam sebulan. Ahh tipu je.. Kejap macam tu pun kata lama. Tapi memang lama pun. Aku tak sabar2 nak balik Malaysia masa kat sana. Rindunya kat dia. Tapi bukan aku dah janji ke nak lupakan dia? Hmmm..hati ni degil sangat. Tak dengar kata.
Aku mendesak hatiku untuk menganggapnya sebagai seorang kawan. Tapi dia mendesakku. Dia berjanji takkan tinggalkan aku lagi. Cukuplah aku menghilang seminggu, hatinya kacau. Hmmm..kesian plak. Dia nak sambung semula. Dugaan betul... Bibirku mengatakan ye. Aku memberi dia peluang. Senangnya..Mudah sungguh. Adakah aku ingin membiarkan hati ni dipermainkan lagi? Hmm tapi kali ni aku yakin, dia takkan berbuat begitu lagi. Entah mana wujud keyakinan ini aku tak tahu. Aku mula mengatur beberapa ujian untuknya. Yela,kot2 la dia menipu ke.naya je..

Tapi sehingga kini dia menepati janji dan aku senang dengan nya. First time jumpa, aku tidak kekok. Dia pun begitu. Kami pergi Melaka,jalan2 gitu je. Tapi best.. Sehingga sekarang kami masih berhubungan. Soal jodoh itu terletak di bawah kekuasaan Allah SWT. Jarak jauh tidak menjadi persoalan jika kepercayaan menjadi tunjang perhubungan. Kami redha dan cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada. Yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan kami sebagai hamba Nya-TAMAT-

No comments:

Post a Comment