09 November, 2010

Aku tak sedar aku mendekatinya...Maksiat


Maksiat. Bunyinya sungguh hina. Tapi inilah jalan yang segelintir manusia pilih. Tidak kira lelaki mahupun perempuan. Tidak kira tua atau muda. Pasti mudah mendekatinya. Kenapa? Persoalan yang selalu menghantui fikiranku. Adakah aku mahu mendekatinya? Ya Allah, Jauhkanlah aku dari perkara-perkara maksiat. Tapi aku hanya manusia lemah. Lemah? Jangan mudah memberi alasan. Niat tidak menghalalkan cara. Selalu aku dengar ayat tu. Oh niat aku baik nakbimbing dia. Tapi hanyut juga. Tergoda. Aku malu dengan diriku. Selalu gah berkata..''tidak..'' Jangan mendabik dada. Iblis sudah berjanji akan mensesatkan anak-anak Adam hingga hari kiamat. Kenapa solat ku tidak se khusyuk dulu. Kenapa? Kerana aku mendekati maksiat. Maksiat boleh dikategorikan dari pelbagai aspek. Ada beberapa sebab mengapa kita baik lelaki mahupun perempuan terjebak dengan maksiat. Antaranya:

1. Pengangguran, persaingan
yang
hebat untuk mendapatkan pekerjaan
2. Kekurangan pelajaran akademik
3. Kekurangan didikan agama
4. Salah asuhan
5. Kurang kasih sayang keluarga
6. Suasana keluarga kucar kacir
7. Masyarakat pincang
8. Kemiskinan
9. Mementingkan kemewahan harta b
enda
10. Kekecewaan hidup
11. Atas kerelaan diri untuk
menyara hidup
12. Akibat gejala dadah
13. Perasaan ingin mencuba

"Alang-alang dah terjebak,kenapa tak teruskan. Sama sahaja. Bukan masyarakat boleh terima aku, beritahu keluarga kena marah,pukul silap2 kena buang keluarga. Pandai buat pandai simpan. Aku tak puas dengan zaman muda aku". Ini antara ayat2 yang kerap kita dengar. Bila ditanya kenapa buat? Jawapan ini kedengaran. "Kawan kata tak macho kalau tak try. Sekali buat mesti nak lagi. Janji puas". "Saya percaya dengan dia, dia janji nak kawin dengan saya". "Ala ringan2 je,tak luak pon". "Isap rokok je ni,xkan maksiat gak"



Senario ini kita lihat semakin meruncing di kalangan remaja khususnya. Kita perlu mengakui. Persoalannya, salah siapa? Anak akan menuding ke keluarga, sebab tidak di asuh dengan baik. Ibu bapa salahkan kawan anaknya, menghasut,mengajak anak2 mereka. Masing2 tidak mengakui kesilapan masing2. Nak disalahkan pihak sekolah? Apalah daya mereka, kekuatan guru tak mampu mendisiplinkan mereka. Bukan seorang dua yang perlu diperhatikan,tapi beratus. Masyarakat selalu menghukum. Biarkan. Bukan anak kita. Anak orang,pandai lah bapak dia jaga.

Peringatan kepada saya dan pembaca blog ni. Marilah kembali,cari jalan yang hilang. Yang pernah kita tinggalkan. Aku rindu zaman sekolah agama dulu. Tapi sekarang aku jadi lupa. Aku terhanyut. Sebelum berbuat sesuatu fikirlah, apa yang kita cari sebenarnya. Kepuasan itu sementara. Carilah kepuasan hakiki hingga mata ini tertutup kita mampu tersenyum puas. Kawan2, tolong sedarkan aku andai aku terlupa. Tolong ingatkan aku jika aku terlalu asyik dibuai perasaan. Jangan takut mengherdik aku kalau nampak aku berbuat sesuatu dosa. Aku tak sedar masa tu. Jangan tinggalkan aku hanyut. Tolong kejutkan aku.

No comments:

Post a Comment