18 February, 2014

3 tahun menyepi..


Salam semua,
Sudah 3 tahun aku tidak menjenguk blog ni. Aku ingatkan dah expired ke. So, tetiba rasa nak menulis blog balik sebab bagi aku,ini lah cara aku nak release tension. Alhamdulillah tahun ini tahun ke empat aku di Universiti Sains Malaysia. Bukan sambung belajar ye, sebagai kakitangan badan berkanun. Macam-macam pengalaman aku peroleh dan bukan semuanya indah.
Aku masih tak percaya yang aku meningkat dewasa dengan pengalaman kerja. Sangat berbeza dengan zaman belajar dulu. Tapi aku masih seperti dahulu, bersendirian membawa diri mencari identiti sendiri. Apabila masuk alam bekerja dengan umur yang paling muda di kalangan staf pada mulanya tidak menyakinkan aku. Kalau dahulu kita ada kawan-kawan pergi ke mana-mana saling menemani tetapi di sini tidak. Berkawan dengan staf pelbagai usia membuka mataku tentang pelbagai rencah kehidupan. Aku hanya mampu melihat, mendengar dan mengambil ikhtibar.
Untuk permulaan sambungan menulis blog ni, aku akan berkongsi pengalaman aku semasa di awal alam pekerjaan. Ada yang seronok ada yang tidak. Aku harap pembaca dapat sesuatu dari pengalaman aku ni untuk ikhtibar dan muhasabah diri.
Sekian untuk kali ini...
Assalam..


"Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

2 comments:

  1. Salam. Ada x kursus kejurulatihan hoki tahun 2015?

    ReplyDelete
  2. Salam. Ada x kursus kejurulatihan hoki tahun 2015?

    ReplyDelete