Dia tak la 'handsome',biasa je mana sama dengan lelaki lain. Aku mencebik bila ada jejaka mula mendekatiku. 'High taste' jugak aku ni. Nak yang bergaya, macho, cute. Yang lain tak dipandang nya. Macamlah lawa sangat. Getus hatiku.. Sejak aku putus cinta, aku sangat cerewet dalam hal memilih jodoh. Entah kenapa aku pun tak tahu. Kena lah jaga standard sikit,kononnya lah. Tetapi segalanya berubah apabila berjumpa Mr B. Perkenalanku dengan nya menerusi laman 'chatting' berterusan. Aku begitu senang dengan dia. Hampir setiap hari kami berbual sehingga suatu hari dia meminta nombor telefonku. Aku punya lah tak fikir apa terus bagi. Biar lah orang nak kenal kita. Tapi aku ni jenis cepat bosan. Mana taknya, hari2 ayat yang sama, "Dah makan?", "Makan apa?", "Tengah buat apa?", alahai... malasnya nak jawab. Aku rasa mamat tu dah angau kot dengan aku. Dia dah 'start' dah panggil sayang. "Hai sayang." erkk..siapa pulak sayang dia. Baru kenal kot. Tapi aku ni jenis melayan gak. Ye lah bosan kan,dah la takde pakwe. Ini ntah kali ke berapa la orang cuba rapat dengan aku. Tapi mamat ni memang degil la. Aku menyamar jadi minah rosak pon dia layan gak. Bersungguh la meng'ayat' aku. Sampai suatu hari dia bagi gambar dia. Hmm tak sama pun macam dalam YM tu. Teringat gambar 'profile' kat YM dan 'Imesh'.. kat situ ensem plak. Aishhh... Tapi aku tak la kejam,nak 'ignore' gitu je dia. Kami berkawan seperti biasa. Bertukar2 hantar MMS. Sukanya dia,macam tak pernah nampak orang perempuan. Puji sokmo dia. Dalam hati bangga giler aku..hehe. 3 bulan berlalu. Kami masih 'contact each other'. Sehingga aku tak sedar,aku mula menyenangi kehadiran dia. Tapi takde lah aku tunjuk perasaan tu. Mr B ni bekerja kat pejabat pos dulu. Kerani je tapi takpe lah. Takkan lah aku nak kenakan syarat bila berkawan dengan aku. Aku tak memilih kawan pun. 'As long as' dia jujur. Siang dia kerja kerani,malam plak dia kerja kat 7e. Aku memahami kepenatan dia. Kalau aku disuruh kerja part time macam tu 'better' membuta. Penat giler. Tapi dia sempat balas SMS aku 'time' bekerja. Terharunya...Cakap dalam hati je ni. Suatu hari dia mengaku yang dia mula menyayangiku tapi........
No comments:
Post a Comment