13 October, 2010

Bulan pertama bekerja..

Hampir sebulan di sini..wat masa ni penempatan sementara di Pusat Diabetes, Cwgn Kelantan HUSM. Pada mulanya sedikit terkejut dgn tugasan yang akan aku lakukan, wat fundus photo. Tak pernah belajar pun sebelum ni, hmm ak mengambil keputusan utk membeli sebuah buku berharga RM180. (mahalnya..getus hatiku) tp dek kerana nk belajar dan adapt kerja kt sini aku nekad beli. Takpe la, bukan selalu pun, bertambah ilmu yg aku dpt.. aku memujuk hatiku.. Mmg benar la org cakap belajar bergurukan buku mmg takkan paham. Tp Kak Raizah banyak membantu aku, mungkin aku kurang paham sesetengah istilah yg digunakan, xpe.. slow2..
Pada dasarnya, aku senang bangat kat PD ni.. sehingga haritu aku dikejutkan dengan permintaan rakanku untuk menukar tempat kerja dengan ku, pada mulanya aku mahu memandangkan dia beriya sgt. Lalu aku turuti kehendaknya hingga pada satu saat aku sedar yang ak tak patut mengikut kemahuan org lain begitu saja. Aku tahu aku tidak senang dgn cara dia memujuk ku, hingga smpai suatu hari aku mengadu pada pihak atasan tanpa pengetahuannya. Aku nekad yang aku mahu ikut jadual yang ditetapkan. Aku akan bekerja tetap di Makmal Anatomi pada awal tahun hadapan memandangkan aku akan menggantikan Kak Raizah yg bakal bercuti bersalin 2 bulan nt.
Aku tahu aku tak cukup kuat untuk berhadapan dengan tugasan yg bakal menanti di makmal anatomi memandangkan rmai yg beritahu bhw bilik itu menakutkan. Deal dgn mayat untuk tujuan pendidikan student.
Teringat kaka2 ku sewaktu temuduga dahulu, "Saya suka cabaran, saya suka mencabar diri sendiri..." itulah ungkapan keramat yg aku ucapkan sewaktu temuduga jwtn JTMP bila d tanya mengapa aku memilih USM yg jauh ni.. Dan sekarang,aku kena buktikan yang aku boleh mengatasinya..
"Ya Allah, Ak memohon perlindungan dengan nama Mu daripada segala kecelakaan, gangguan, kesulitan dan bahaya sewaktu di sini... Amin.."

No comments:

Post a Comment