08 January, 2011

Bah di Pantai Timur...


huh dh lama x post..bz skit..papepun Alhamdulillah dpt juga shana mencoret sesuatu di blog ini. Tahun baru 2011 disambut seperti biasa, seolah2 sama seperti hari lain. Bahkan masyarakat di pantai timur mula bimbang dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.lebih2 lg musim tengkujuh. kami seolah2 merindui terik mentari.hujan turun mencurah2 seakan2 menangisi sesuatu. begitu juga shana yg mula bimbang keadaan rumah dinaiki air..ini pengalaman pertama berada dalam musim banjir.dihujani keluhan rakan2 sekerja tentang keadaan rumah.kasihan pun ade.tp rata2nya sudah lali dgn keadaan ini yg berlaku setiap tahun.tidak melampau shana katakan banjir adalah satu dugaan yg akan dihadapi oleh mereka setiap tahun.sudah 4 bulan sy di sini memerhati sebilangan kawasan di Kota Bharu, rata2 nya sistem pemparitan bg saya tidak memuaskan. pembangunan,pembukaan kawasan perumahan baru di lihat semakin galak di sini.tp isu perparitan tidak di ambil kira oleh syarikat pembinaan.seolah2 mengambil jalan mudah.jadi tidak hairan kawasan perumahan di bandar di naiki air.shana rasa masalah ini harus di selesaikan dengan segera, tidak boleh berserah dan hanya berkata ini musim hujan,sudah lumrah alam banjir akan berlaku.shana rasa masalah banjir boleh di elak sekiranya pihak yg bertanggungjawab menyelesaikan isu sistem pemparitan. langkah2 mendalamkan parit, membersihkan longkang2 tersumbat harus dilaksanakan.sampai bila kita perlu melalui keadaan seperti ini.fikir-fikirkan..

No comments:

Post a Comment